Kajian Melaka Bebas Banjir 2035 awal tahun depan

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 28 Okt- Kerajaan negeri akan melantik konsultan bagi kajian Melaka Bebas Banjir 2035 bermula awal tahun depan.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Abdul Hakim Hamzah berkata, kajian itu merupakan antara langkah penting dalam mengatasi masalah banjir berulang yang berlaku di negeri ini.

Katanya, kajian terbabit akan dijadikan ‘master plan’ untuk dijadikan rujukan kepada jabatan-jabatan kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), JPS, Pejabat Daerah dan Tanah serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Kajian Melaka Bebas Banjir 2035 ini merupakan pelan rujukan kepada badan-badan kerajaan yang berkaitan bagi mengatasi masalah banjir di Melaka.

“Kajian ini dianggarkan bernilai hampir RM2 juta,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

ABDUL Hakim.

Selain kajian tersebut, Abdul Hakim berkata, kerajaan persekutuan juga telah memperuntukkan hampir RM1 bilion untuk melaksanakan projek fizikal pelan jangka masa panjang bagi mengatasi masalah banjir di negeri ini.

Katanya, antara projek yang bakal dimulakan ialah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di lapan lokasi.

Jelasnya, antara lokasi terlibat ialah di Sungai Melaka, Alor Gajah, Bandar Jasin, Sungai Duyong, Bandar Merlimau, Krubong dan Lembangan Sungai Baru.

“Buat masa ini, hanya projek di Duyong sahaja telah telah dimulakan pelaksanaannya pada 22 Oktober lalu dan memakan masa tiga tahun untuk disiapkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

808
Kongsi :
Previous post Kadar kematian akibat TB meningkat kesan kemunculan COVID-19
Next post Trend poligami di Melaka meningkat
Ubah saiz-+=