Kajian kebarangkalian banjir akan diutamakan dalam pembangunan projek PR1MA

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) akan memberi keutamaan terhadap kajian kebarangkalian banjir di setiap tapak pembangunan projek perumahannya pada masa hadapan.

Pengerusinya Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata ini penting terutama selepas melihat kepada kira-kira 30,000 rumah penduduk terjejas dalam kejadian banjir di beberapa negeri sebelum ini.

“Kita bersyukur perumahan PR1MA tidak ada yang terkesan akibat banjir itu, cuma untuk ke depan ini antara perkara yang perlu kita berikan keutamaan ialah kajian strategik mengenai banjir.

“Ini penting untuk memastikan projek PR1MA adalah jauh daripada kebarangkalian banjir,” katanya semasa membincangkan topik ‘Pemilikan Rumah Selepas Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan di saluran RTM1, hari ini.

Selain itu, Fathul Bari berkata pihaknya juga sedang memperhalusi beberapa usaha penambahbaikan lain termasuk mengadakan sistem pemantauan secara nyata di tapak projek agar pembeli lebih berkeyakinan terhadap kemampuan kontraktor dalam menyempurnakan projek mengikut jadual ditetapkan.

“Kita juga akan memberi tawaran lebih menarik dari sudut fasiliti sebagai contoh pusat gimnasium, bangunan kelab, taska dan tempat mandi jenazah dalam projek PR1MA selain bekerjasama dengan Majlis Belia Malaysia bagi membincangkan keperluan mewujudkan perumahan bagi golongan muda,” katanya.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

883
Kongsi :
Previous post Gadis tawar baiki telefon bimbit mangsa banjir percuma
Next post Trend ‘unboxing’ isteri ibarat ‘jual bini’
Ubah saiz-+=