Sorting by

×

Kajian jalan bertingkat hubung tol Ayer Keroh ke pusat bandar

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

SERI NEGERI 12 Disember – Kerajaan Negeri meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka untuk membuat kajian pelaksanaan cadangan pembinaan jalan bertingkat (elevated) menghubungkan tol Ayer Keroh ke pusat bandar.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kajian pelaksanaan itu merupakan sebagai antara usaha untuk mengatasi kesesakan di laluan bandar.

Menurut beliau, selain jalan bandar, projek infrastruktur jalan di luar bandar juga akan diteruskan menerusi pembinaan jalan pintas baharu dari Persimpangan Jalan Alor Gajah Lama ke Taman Murai Jaya di Pekan Durian Tunggal dengan kos RM2.8 juta dengan prestasi projek setakat ini pada tahap 65 peratus.

“Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM1.5 juta bagi pemasangan lampu jalan dari Persimpangan Lampu Isyarat Ramuan China Kechil hingga Persimpangan Lampu Isyarat Sungai Jerneh, Lubok China dan di Jalan Simpang Solok Duku ke Tanjung Bidara, Daerah Alor Gajah.

“Selain itu masing-masing RM1 juta diperuntukkan bagi memperelok selekoh tajam di Jalan Jasin – Merlimau serta menaik taraf persimpangan menjadi bulatan di Jalan Durian Tunggal – Tangkak di Masjid Lama Ayer Baruk, Jasin.

“Peruntukan RM500,000 pula diberikan kepada kerja-kerja menaik taraf jambatan sedia ada dan kerja berkaitan di Sungai Siputdan menaik taraf persimpangan di Jalan Masjid Tanah – Londang, selain RM200,000 bagi memperelok selekoh berbahaya UiTM Lendu di Persimpangan Jalan Industri Kelemak dalam Daerah Alor Gajah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2023) 2022 pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di Dewan Persidangan DUN, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2889
Kongsi :
Previous post Bajet 2023 Negeri Melaka: Tiada yang ketinggalan – KM
Next post 2024 jadi Tahun Melawat Melaka
Ubah saiz-+=