
Kaji semula sewa bazar dan pasar Ramadan-MBMB
AYER KEROH 9 April. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan menilai semula kadar harga petak gerai yang dikenakan penganjur kepada peniaga di setiap pasar dan bazar Ramadan yang beroperasi di bawah pentadbirannya.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung isu harga petak gerai yang dibangkitkan bagi memastikan peniaga tidak terus terkesan terutama dalam situasi pasca penularan pandemik COVID-19.
Katanya MBMB menyarankan penganjur menetapkan sewa yang bersesuaian dan tidak membebankan peniaga.
“Kita sarankan supaya sewa yang dikenakan kepada setiap peniaga tidak lebih pada kadar yang ditetapkan pada 2019.
“Malah perkara ini akan dibincangkan lagi agar kadar itu mungkin dapat dikurangkan atas pertimbangan keadaan wabak yang melanda ini.
“Hasrat ini juga seiring hasrat kerajaan negeri menerusi inisiatif Melaka Bebas Berniaga pada tahun ini bagi meningkatkan pertumbuhan pelbagai gerai peniaga kecil,” katanya
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) Projek Ceritera Melaka di Dewan Taming Sari MBMB di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...