Sorting by

×

Kaji maklum balas isu kenaikan tambang bas sekolah

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER MOLEK 16 Januari – Kementerian Pengangkutan sedia menerima sebarang maklum balas berhubung isu kenaikan harga tambang bas sekolah dalam sesi persekolahan baharu pada Mac depan

Timbalan Menterinya, Datuk Hasbi Habibollah berkata, setakat ini kementeriannya sedang mengkaji perkara itu bagi memastikan keluhan terutama dalam kalangan persatuan, pengusaha bas dan ibu bapa dapat diatasi.

Ujarnya, setakat ini kementerian itu belum menetapkan apa-apa keputusan berikutan kajian masih dilaksanakan.

“Sebenarnya semua ini mestilah dikaji sebab semuanya mempunyai peranan terutama ibu bapa, jadi kita belum keluarkan apa-apa keputusan tentang itu.

“Memang kita ada terima macam-macam cadangan tapi ia masih dikaji lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Litar Latihan dan Ujian Memandu dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Akademi JPJ, Tiang Dua, di sini semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengangkutan, Nor Fuad Abdul Hamid; Ketua Pengarah JPJ, Rospiagos Taha dan Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff.

Media sebelum ini melaporkan tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu tahun ini.dijangka meningkat susulan pertambahan kos operasi dan penyelenggaraan jentera.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

688
Kongsi :
Previous post Banyak mata tertumpu kepada skuad Harimau Malaya di Qatar
Next post JPJ Melaka negeri pertama terima 5 Toyota Fortuner
Ubah saiz-+=