Kahwin ikut adat Melayu masih relevan

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

MERLIMAU 1 Julai – Persatuan Pengamal Adat Melayu Negeri Melaka terus mempergiatkan usaha melaksanakan tatacara pengurusan adat istiadat perkahwinan Melayu di negeri ini.

Yang dipertuanya Tok Sidang Muslihin Muhammad berkata ia bagi memastikan adat perkahwinan Melayu masih diamalkan meskipun banyak tatacara perkahwinan lebih moden pada masa kini.

“Adat ini telah lama ditinggalkan oleh generasi hari ini, maka di Melaka persatuan kita mengambil inisiatif dan tanggungjawab melaksanakan tatacara pengurusan adat istiadat perkahwinan seperti ini.

“Terutama sekali ketika majlis pertunangan penyerahan perjanjian adat di majlis perkahwinan, ini kadeah dan tatacara yang betul iaitu menggunakan peralatan adat seperti tepak sirih, bunga rampai dan sirih junjung.

“Selain itu adat ini juga menggunakan bahan puisi seperti pepatah bertindih dan juga pantun menjurus kepada perkara dibincangkan dan diselesaikan pada majlis itu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Photo 2024 06 30 14 24 23
Yang Dipertua Persatuan Pengamal Adat Melayu Melaka, Tok Sidang Muslihin Muhammad mengadakan sidang akhbar selepas acara penyerahan perjanjian adat pada Majlis Adat Pernikahan Dan Perkahwinan Orang Melayu yang diadakan di Jalan Bukit Keledong, Batu Gajah, Merlimau, Jasin. Foto: MR. AZLI

Katanya, bagi setiap majlis perkahwinan seramai dua ketua adat dilantik untuk mengendalikan istiadat tersebut.

“Biasanya ketua adat ini dilantik untuk mewakilkan keluarga pengantin sebelah pihak perempuan dan lelaki, ini bagi memudahkan kedua-dua keluarga ini dalam urusan pernikahan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

110
Kongsi :
Previous post KPKM, Melaka fokus majukan sektor agromakanan
Next post Mangsa banjir di Sabah terus meningkat, dua lagi PPS dibuka
Ubah saiz-+=