
Kadar zakat fitrah Melaka kekal
LENDU 10 Mac – Bayaran zakat fitrah bagi Negeri Melaka tahun ini ditetapkan pada tiga kadar iaitu RM7, RM14 atau RM21.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kadar bayaran itu kekal sama seperti tahun lalu selepas diputuskan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
“Di bulan ini, kita digalakkan supaya merapatkan jurang dan prihatin terhadap keperluan golongan yang memerlukan.
“Oleh itu, kita disyariatkan untuk mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadan yang bertujuan untuk meraikan kesamarataan rasa dan hati dalam kita mencari keredaan Allah S.W.T.
“Umat Islam dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh MAIM sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengagihan Bantuan Ramadan dan Syawal (Zakat Fitrah) serta Pengagihan Fidyah kepada Asnaf Fakir dan Asnaf Miskin MAIM di Masjid Salmah Khamis, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MASYARAKAT BERBILANG KAUM SERONOK, BANGGA JADI ANAK MELAKA
AYER KEROH 5 April - Luar biasa, penuh kemeriahan hari raya. Itu antara reaksi pengunjung berbilang kaum yang hadir ke...
AYDA JEBAT LEPAS RINDU DAPAT MENYANYI DI MELAKA
AYER KEROH 5 April - Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat mengakui teruja dan seronok apabila dapat membuat persembahan di...
GERAI JAGUNG MANIS JADI TUMPUAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN RIM
RIM 5 April - Jagung manis rebus menjadi menu pilihan dalam tetamu yang hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan...
3 TAN JAMBU MELAKA UNTUK PENGUNJUNG SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI 2025
AYER KEROH 5 April - Sebanyak tiga tan jambu lohan yang merupakan produk ikonik Negeri Melaka dijamu kepada tetamu Majlis...
SEDONDON BERBAJU RAYA KE SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI MELAKA
AYER KEROH 5 April - Kemeriahan Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa...
PELANCONGAN MELAKA JANA PENDAPATAN RM12.68 BILION
AYER KEROH 5 April - Penganjuran Tahun Melawat Melaka tahun lalu menyaksikan sektor pelancongan negeri ini terus meroket apabila mencatat...