Kadar kematian individu lengkap vaksinasi COVID cuma 0.009 peratus – Khairy

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

PUTRAJAYA 9 Sept – Kadar kematian dalam kalangan individu yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 di Malaysia adalah 0.009 peratus, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kadar kematian bagi individu yang telah menerima vaksin di Malaysia adalah 90 orang bagi setiap sejuta penduduk yang diberi vaksin.

Data ini, kata Khairy, menunjukkan bahawa vaksin berfungsi dan dapat menyelamatkan nyawa, tanpa mengira jenis vaksin.

“Oleh itu, dapatkanlah vaksin dan jangan ragu-ragu bahawa vaksinasi tidak dapat membantu anda,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.

Mengenai kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), Khairy berkata sebanyak 2,417 kes BID akibat COVID-19 telah dikesan di seluruh negara setakat Ogos tahun ini dengan 86 peratus daripadanya bukan di bawah pemantauan perubatan.

“Daripada 2,417 kes BID setakat Ogos, hanya 14 peratus berada di bawah jagaan Kementerian Kesihatan, pejabat kesihatan daerah atau klinik swasta,” katanya.

Khairy juga berharap strategi dan usaha mengatasi jumlah kes BID dari mereka yang tidak menjalani pemantauan perubatan dapat ditingkatkan.

“Kami (Kementerian Kesihatan) sedang meneliti… Kami telah mengarahkan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) supaya meneliti kes-kes yang tidak berada di bawah pemantauan perubatan untuk mengetahui mengapa hal itu terjadi supaya dapat memberi nasihat kepada orang ramai dengan lebih baik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

379
Kongsi :
Previous post APM Alor Gajah tangkap dua ‘King Cobra’
Next post Khairy mahu MySejahtera selesai isu sijil vaksinasi digital dalam tempoh seminggu
Ubah saiz-+=