
Kadar jangka pendek kekal stabil pada urus niaga pagi
KUALA LUMPUR 3 Julai – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM36.59 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam sebanyak RM32.60 bilion.
Bank pusat akan mengendalikan tiga tender pasaran konvensional yang masing-masing bernilai RM1 bilion bagi tempoh tujuh hari, 14 hari dan 31 hari.
BNM akan turut melaksanakan tender Qard lelongan mata pelbagai Islam bernilai RM7.7 bilion bagi tempoh enam hari sehingga 31 hari serta tender repo berbalik bernilai RM500 juta selama 94 hari.
Ia juga mengumumkan Repo Berbalik, Perjanjian Jual dan Beli Semula (SBBA) serta kemudahan urus niaga Murabahah Komoditi Bercagar (CCM) yang tersedia bagi tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM33.1 bilion manakala tender semalaman Murabahah pada RM24.9 bilion.
– BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...
MELAKA RAYU KPKT SEGERAKAN PEMBINAAN LOJI WTE
SUNGAI UDANG 26 April - Kerajaan Negeri meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyelesaikan segera sebarang pemasalahan di peringkat...
NGAUMAN ‘SINGA’ DI BUMI BERSEJARAH
KLEBANG 26 April - Seramai 1,500 delegasi rangkaian Lions Club di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan Filipina 'berkampung' di Melaka...
MERCEDES S400 TERBAKAR, PEMANDU SELAMAT
KOTA LAKSAMANA 26 April - Seorang pemandu Mercedes S400 berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbakar di Jalan Limbongan berhampiran...
KKTM MASJID JADI RUJUKAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI AUTOMOTIF
AYER LIMAU 26 April - Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah menerima peralatan pengajaran dan pembelajaran disumbangkan sebuah syarikat...
SUSUN STRATEGI PASTIKAN MELAKA KEKAL DESTINASI PILIHAN PELANCONG
AYER KEROH 26 April - Kerajaan Negeri giat menyusun strategi dan melaksanakan inisiatif menarik bagi menggamit serta menggalakkan kunjungan lebih...