
Kabinet bincang penangguhan umrah esok – PM
SEGAMAT, 4 Jan – Kabinet akan mengadakan mesyuarat khas esok bagi membincangkan isu penangguhan umrah seperti yang diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini, susulan ancaman varian baharu COVID-19, Omicron.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pada mesyuarat itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin akan membentangkan laporan terperinci mengenainya.
“Esok saya akan dapatkan gambaran sebenar mengenai isu umrah ini. Cuma saya hendak maklumkan keputusan KKM (tangguh umrah) lebih kepada hendak menjaga nyawa kita,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Tandong, Buloh Kasap, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini berhubung penangguhan umrah yang bakal dikuatkuasakan pada 8 Jan ini.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata perkara yang akan turut dibincangkan esok adalah berkenaan pasca banjir dan persediaan agensi-agensi berkaitan mengenai persiapan dalam menghadapi gelombang kedua banjir.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...