Sorting by

×

Justin pangku tugas CEO Melaka United FC

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

PEMILIK Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC), Datuk Seri Justin Lim bakal mengambil alih tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif kelab berkenaan berkuatkuasa serta merta susulan perletakan jawatan penyandang terdahulu, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri.

Justin ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) memaklumkan, beliau akan memangku tugas berkenaan sehingga tamat musim ini.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Seri Negeri, hari ini.

“Saiful memaklumkan dia mahu meletak jawatan bagi memberi tumpuan kepada perniagaannya dalam pertemuan siang tadi.

“Walaupun berat, kami terpaksa menerima peletakan tersebut dan saya akan mengambil alih tugas tersebut sehingga akhir musim,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan pihaknya juga bersetuju untuk mengekalkan Zainal Abidin Hassan sebagai Ketua Jurulatih MUFC sehingga tamat musim ini.

Selain itu, ujarnya, MUFC juga bakal menerima kehadiran pemain dari Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Gary Steven Robbat yang semakin hampir menyertai Skuad Hang Tuah secara pinjaman.

“Dua pemain import baharu kita dari Brazil juga kini sudah sampai dan sedang dikuarantin sebelum menyertai latihan sedikit masa lagi.

“Kita berharap kehadiran pemain-pemain baharu ini dapat membantu MUFC memperoleh keputusan yang lebih baik dalam baki perlawanan Liga Super musim ini,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1586
Kongsi :
Previous post Datuk Saiful lepas jawatan CEO Melaka United
Next post COVID: Kes terus naik mendadak, masyarakat dirayu amal kawalan pergerakan kendiri
Ubah saiz-+=