
Jururawat ‘rempuh’ ambulans
BERTAM ULU 1 Feb. – Seorang jururawat berdepan detik cemas apabila kereta Perodua Myvi dipandunya terbabit kemalangan dengan ambulans di persimpangan lampu isyarat Taman Bertam Impian, di sini, jam 7.30 malam semalam.
Bagaimanapun jururawat berusia 35 tahun dan pemandu ambulans berusia 51 tahun itu dilaporkan terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, siasatan awal mendapati ambulans yang dipandu dalam kecemasan dari arah Cheng menuju ke arah Sungai Udang telah meneruskan perjalanan ketika lampu isyarat merah dalam keadaan siren dibunyikan.
“Sebaik di persimpangan lampu isyarat, kenderaan yang dipandu jururawat swasta yang datang dari arah Taman Bertam Impian terus melanggar di bahagian sisi belakang kanan ambulans terbabit, ” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan.
Afzanizar berkata, siasatan masih diteruskan dan kenderaan terlibat akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...