
Jururawat adalah guru pertama saya – Dr Muhamad Akmal
AYER KEROH 12 Mei – “Jururawat dan doktor tidak dapat dipisahkan. Kerana tanpa mereka ini pincanglah segala urusan doktor dalam proses merawat pesakit,” kata EXCO Kesihatan negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh.
Beliau berkata jururawat dianggap sebagai guru yang banyak berjasa, berkongsi ilmu dan memberikan kerjasama sewaktu dia menjadi doktor pelatih atau ‘Housemanship Officer’ (HO).
“Jasa anda semua tidak akan dapat saya balas. Terima kasih atas segala pengorbanan masa, tenaga dan ilmu untuk membantu semua pesakit.
“Maaf saya tidak dapat bersama menyambut hari yang bersejarah ini kerana masih di tanah suci, tetapi sebagai tanda ingatan daripada kami, terimalah kek yang sangat enak untuk anda semua.
“Semoga kemanisan kek ini dapat memaniskan lagi senyuman semua jururawat di Melaka khususnya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...