Sorting by

×

Jurupandu kongsi sejarah Pulau Nangka – MPPM

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 12 Januari – Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka (MPPM) dalam perancangan untuk melantik Jurupandu Alam Semula Jadi di Pulau Nangka sebagai nilai tambah kepada perkhidmatan sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutif MPPM, Azhar Yaacob berkata, Jurupandu Alam Semula Jadi memainkan peranan penting dalam menceritakan tentang sejarah Pulau Nangka kepada pelancong.

Azhar berkata, cadangan itu sudah dipanjangkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Melaka (MOTAC).

“Jurupandu ini perlu mendapat lesen daripada jabatan terlibat, jika diluluskan kita akan buka tawaran kepada mereka berminat.

“Ini salah satu tarikan untuk pelancong datang ke pulau-pulau di perairan Melaka, selepas ini pelancong tidak hanya terhad kepada aktiviti air seperti ‘island hopping’ dan snorkeling, tetapi pendedahan mengenai sejarah Pulau Nangka.

“Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) jika inisiatif ini dilaksanakan nanti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Photo1697449739
KETUA Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka, Azhar Yaacob. Foto Iqmal Haqim Rosman

Dalam pada itu, Azhar berkata pihaknya juga dalam usaha untuk memasang tag pada setiap pokok yang ada di Pulau Nangka.

“Pokok ini akan dipasang tag nama komersil dan saintifik termasuk usianya, insya-Allah inisiatif ini juga kita akan laksanakan dalam masa terdekat.

“Sekarang yang kita kenal pasti adalah pokok kelat jambu laut di pulau ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

945
Kongsi :
Previous post Bekas pengurus syarikat didenda RM13,000 guna dokumen palsu tuntut insentif Program Penjana
Next post Pantun identiti bangsa Melayu
Ubah saiz-+=