Jun diangkat bulan kebolehpasaran graduan

Masa Membaca:1 Minit, 48 Saat

SINTOK 29 Jun –  Kementerian Pendidikan  Tinggi (KPT) memilih Jun sebagai Bulan Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya Universiti Awam setiap tahun.

Majlis Perasmian dan Pelancaran Bulan Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya Universiti Awam disempurnakan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, KPT Prof Dr. Azlinda Azman  di Dewan Tan Sri Othman, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah pada 24 Jun lalu.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu adalah Naib Canselor UUM Prof Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, Pengerusi Majlis Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya Universiti Awam Malaysia (MyGRAD) Prof Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) KPT, Hirman Awang @ Semail, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai pusat kerjaya universiti awam.

Sepanjang Jun 2024, 20 karnival kerjaya telah dianjurkan oleh universiti-universiti awam dengan kerjasama KPT, MyGRAD, Pertubuhan  Keselamatan Sosial (PERKESO,) Talentbank dan lain-lain.

Program ini juga menarik lebih 60,000 pencari kerja dan dianggarkan 20,000 orang mendapat pekerjaan.

Prof. Dr. Azlinda berkata, kerjasama  dengan pihak industri amat penting dalam usaha meningkatkan lagi tahap kebolehpasaran graduan.

MyGRAD dan industri dapat bersama-sama berganding bahu dengan pihak KPT dalam merancakkan lagi usaha-usaha dan inisiatif-inisiatif strategik untuk melonjakkan lagi kebolehpasaran graduan kita.

“Usaha ini juga dapat meningkatan perkembangan kerjaya graduan sejajar dengan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025.,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sementara itu Prof Dr. Mohd Fo’ad pula berkata, peluang dan pendedahan seperti karnival kerjaya amatlah penting dalam konteks penyesuaian aras kelayakan serta kualiti kompentensi yang dimiliki para graduan yang berkenaan dengan keperluan sebenar bakal majikan yang mewakili pelbagai sektor industri.

ManakalaProf  Madya Dr. Sabri, pula meluahkan rasa syukur kerana pencapaian kebolehpasaran graduan telah meningkat dari 92.8 peratus pada 2022 kepada 93.0 peratus tahun lalu.

Beliau yang juga Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Teknikal Malaysia  Melaka (UTeM) bersyukur kerana MyGRAD sentiasa diberi kepercayaan untuk membantu KPT dalam merancakkan lagi penganjuran program-program yang berimpak tinggi bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.

“Inisiatif ini juga selari dengan salah satu daripada lima fokus utama Menteri Pendidikan Tinggi Yang Berhormat Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir iaitu Penyediaan Bakat Terbaik Negara seperti di dalam Landasan Hala Tuju KPT tahun 2024,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

131
Kongsi :
Previous post Mini Konsert Karnival Seni Madani 2024: medan ‘tonjol’ bakat artis tempatan
Next post Bangkai harimau belang di Kuala Krai tiada kesan tembakan, jerat – Perhilitan
Ubah saiz-+=