
Jumpa najis tikus dan lipas, dua lot kedai makan diarah tutup
BANDA HILIR 23 Jun – Padah gagal menjaga kebersihan premis, dua lot kedai makan di Kampung Portugis, di sini, diarah tutup selama 14 hari oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, arahan itu dikeluarkan susulan pemeriksaan dijalankan menemui kehadiran serangga seperti lipas, selain najis tikus di premis terbabit.
Menurutnya, penutupan itu dilakukan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
“Penutupan dua premis ini bermula 21 Jun 2023 selepas didapati ada kehadiran lipas dan najis tikus, selain markah kebersihan kedua-dua premis juga hanya pada tahap 69.47 peratus serta 67.37 peratus.
“Sebanyak dua notis kompaun turut dikeluarkan kepada kedua-dua premis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial memaparkan notis berkenaan ditampal di premis terbabit.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...