Sorting by

×

Jumlah penerima bantuan di Dun Bukit Katil meningkat

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

BUKIT BARU 16 Julai- Jumlah pemohon menerima bantuan bank makanan (food bank) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil menunjukkan peningkatan ketara.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, peningkatan itu dilihat apabila setiap hari minimum 30 individu hadir mengambil bantuan di bank makanan yang disediakan di Dewan Demang Hussein, Bukit Katil.

Jelas Mohd Ridhwan, pihaknya menyediakan barangan keperluan asas antaranya beras, minyak dan tepung bagi membantu golongan rentan.

Katanya, individu atau golongan terjejas yang memerlukan bantuan makanan disaran hadir ke Japerun Bukit Katil untuk mengambil barang makanan yang diperlukan.

“Kita ambil maklum bilangan pemohon yang mengambil bantuan makanan asas di ‘food bank’ yang disediakan dilihat meningkat.

“Ada pemohon datang ambil hari ini, lagi dua minggu mereka datang ambil lagi kerana barang makanan habis, jika begitu kita faham, namun tidak dinafikan ada kes individu sama ambil barang makanan asas misalnya beras setiap hari.

“Di pihak Japerun Bukit Katil, kita ambil pendekatan untuk memberi pandangan atau nasihat kepada pemohon untuk datang semula dalam tempoh tertentu dan bukannya hari-hari,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambah Mohd Ridhwan, dia juga melihat semakin ramai individu tampil memberi bantuan kepada golongan rentan dengan kaedah atau inisiatif masing-masing.

“Di Bukit Katil sendiri saya lihat banyak kedai runcit yang membuat food bank di hadapan kedai, selain ada individu mengedarkan pek makanan kepada orang awam bagi meringankan beban.

“Usaha ini bagus kerana dengan bantuan yang diberikan, sedikit sebanyak dapat membantu penduduk sekitar yang terjejas,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

619
Kongsi :
Previous post COVID: Kes baharu turun kepada 12,541 hari ini
Next post PKPD di 34 mukim di Selangor ditamatkan
Ubah saiz-+=