
Jumlah negara berisiko tinggi varian Omicron kini 18- Khairy
PUTRAJAYA, 28 Dis – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata bilangan negara yang dimasukkan ke dalam senarai negara berisiko tinggi susulan penularan varian Omicron kini adalah 18 buah.
Beliau berkata jumlah dalam senarai itu bertambah selepas kerajaan Malaysia menarik semula sekatan perjalanan sementara ke atas lapan negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.
“Kesemua lapan negara ini kini dimasukkan ke dalam senarai negara berisiko tinggi menjadikan jumlah negara yang berisiko tinggi kini adalah 18 buah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Khairy berkata Kementerian Kesihatan menyarankan agar rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan ke negara terbabit sekiranya tiada keperluan.
Negara lain ialah United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Arab Saudi, Norway, Perancis, Denmark, India, Kanada dan Nigeria.
Beliau turut memaklumkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas 366 sampel kes positif COVID-19 dalam kalangan pengembara dari 21 hingga 25 Dis lepas.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 306 menunjukkan berkemungkinan varian Omicron dan kini menunggu keputusan ujian jujukan penuh genom (WGS),” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LAKSANA PROJEK, PROGRAM MENGIKUT TEMPOH MASA DAN SASARAN
SERI NEGERI 25 April - Penilaian indikator-indikator pembangunan, perancangan projek dan program diatur perlu mengikut sasaran dan tempoh masa ditetapkan....
PERKASA KEBOLEHPASARAN GRADUAN TVET MELAKA
SERI NEGERI 25 April - Pelbagai strategi diatur bagi membantu meningkatkan lagi tahap kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan...
INISIATIF PARAKOM BUKTI KERAJAAN CAKNA ASPEK KESEJAHTERAAN, KESIHATAN RAKYAT
SERI NEGERI 25 April - Komitmen Kerajaan Negeri terhadap kesejahteraan dan kesihatan rakyat terbukti menerusi pelaksanaan inisiatif Paramedik Komuniti (PARAKOM)....
WRUR BUKA RUANG PEMIMPIN SANTUNI RAKYAT
SERI NEGERI 25 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang bermula pada tahun ini telah membuka ruang cukup...
PEMBINAAN LOJI WTE PERLU DISEGERAKAN
SERI NEGERI 25 April - Pembinaan loji pemprosesan sisa pepejal kepada tenaga (WTE) di tapak pelupusan sisa pepejal sanitari Sungai...
INISIATIF DIGITAL TINGKATKAN TAHAP KETERHUBUNGAN RAKYAT MELAKA
SERI NEGERI 25 April - Pelaksanaan inisiatif digital berimpak tinggi di negeri ini tidak hanya meningkatkan kecekapan pentadbiran, malah mempercepatkan...