JUMLAH NAHAS KEMALANGAN JALAN RAYA BABIT PELAJAR SEKOLAH TINGGI DI ALOR GAJAH

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

REMBIA 4 September – Kadar kemalangan jalan raya membabitkan pelajar sekolah dalam Daerah Alor Gajah direkodkan tertinggi di Melaka berbanding dua daerah lain setakat Januari hingga Julai tahun ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, sebanyak 10 kes membabitkan kemalangan jalan raya direkodkan dalam tempoh itu daripada 14 kes keseluruhan di Melaka.

Katanya, manakala bagi Daerah Jasin dan Melaka Tengah pula masing-masing merekodkan hanya dua kes kemalangan jalan raya membabitkan pelajar sekolah dalam tempoh itu.

“Daripada jumlah itu, lapan kes di Daerah Alor Gajah mengakibatkan mangsa berdepan cedera ringan akibat kemalangan jalan raya manakala satu cedera paran dan satu kes kemalangan maut.

“Bagi Daerah Jasin sebanyak dua kes kemalangan itu melibatkan kes kematian dan Melaka Tengah membabitkan satu kes kematian dan cedera parah,” katanya,

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya dan Pemeriksaan Motosikal diadakan di Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, usaha memperluaskan kesedaran pelajar tentang isu terbabit giat dilaksanakan sekali gus membantu mengurangkan kadar kes kemalangan jalan raya membabitkan pelajar sekolah di negeri ini.

“Kita menyasarkan sebanyak 15 buah sekolah di Melaka akan terlibat dalam penganjuran program seperti ini pada tahun ini dan akan diadakan berterusan dengan kerjasama pihak sekolah (dan) setakat tahun ini sebanyak enam buah sekolah telah terlibat.

“Kita (harap) dapat meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan pematuhan peraturan jalan raya dengan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sewaktu membawa kenderaan ke sekolah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

124
Kongsi :
Previous post IPD BERUSIA 100 TAHUN DICADANG JADI MUZIUM POLIS, NAFI DIJUAL
Next post KEPRIHATINAN KETUA MENTERI BERI KESELESAAN BUAT WARGA IPD MELAKA TENGAH
Ubah saiz-+=