
Jumlah mangsa banjir Melaka menurun
AYER KEROH 26 Nov. – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini menurun kepada 157 mangsa melibatkan 38 keluarga setakat jam 8 pagi ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, semalam setakat jam 8 malam tadi, seramai 162 mangsa banjir ditempatkan di tiga PPS, melibatkan 40 keluarga.
“Semua mangsa banjir ditempatkan di PPS dari Kampung Tehel di Jasin serta Kampung Parit Gantong, Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Pulau dan Kampung Belimbing di Alor Gajah.
“Penurunan ini selepas semua mangsa banjir yang terlibat dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya.
Katanya, tiga PPS yang masih dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel, PPS SK Parit Gantong dan PPS SK Durian Tunggal.
” Di PPS SK Tehel seramai 91 mangsa daripada 23 keluarga, PPS SK Parit Gantong seramai 60 mangsa daripada 14 keluarga dan PPS Durian Tungga seramai enam mangsa daripada satu keluarga.
“Bagaimanapun, paras air Sungai Duyong di Jasin menunjukkan trend menaik, manakala paras air Sungai Durian Tunggal menunjukkan trend menurun,” katanya lagi.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...