
Jumlah mangsa banjir di Melaka kekal 199 orang
MELAKA 25 Nov. – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Melaka kekal 199 orang daripada 48 keluarga setakat 8 pagi ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata kesemua mangsa terlibat dipindahkan dari Kampung Tehel dan Kampung Parit Gantong di Jasin, serta Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Pulau dan Kampung Belimbing di Alor Gajah.
Beliau berkata 121 mangsa daripada 29 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel, manakala 65 mangsa daripada 16 keluarga ditempatkan di PPS SK Parit Gantong, kedua-duanya di daerah Jasin.
“Di daerah Alor Gajah pula, PPS SK Durian Tunggal menempatkan 13 mangsa daripada tiga keluarga.
“Keadaan cuaca di seluruh negeri dilaporkan cerah setakat ini dan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Effendy yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata paras air sungai di Sungai Duyong, Jasin menunjukkan trend menaik, manakala Sungai Durian Tunggal, Alor Gajah menunjukkan trend menurun.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...