Judi di tempat awam: Lapan individu ditahan
KUALA LUMPUR, 18 Mac – Seramai lapan individu ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian di tempat awam iaitu di sebuah pusat hiburan di Batu 3, Jalan Ipoh, semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata mereka yang berusia 18 hingga 62 tahun yang ditahan dalam Op Noda dan Dadu itu terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang lelaki warga asing.
Beliau berkata siasatan mendapati kegiatan perjudian itu berselindung di sebalik sebuah pusat hiburan yang dipercayai beroperasi sejak dua minggu lepas dan semasa serbuan dilakukan, sembilan pelanggan lain sedang berhibur sambil minum minuman keras.
“Sembilan pengunjung pusat hiburan itu dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard Pelan Pemulihan Negara manakala lapan orang terdiri daripada dua penjaga, dua pekerja pusat hiburan dan empat pemain judi ditangkap,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beh berkata semakan rekod mendapati empat daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan pelbagai kesalahan.
Katanya kesemua lapan individu itu direman hingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan 1953 kerana tidak memiliki lesen hiburan dan Seksyen 7 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana berjudi di tempat awam.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MOTAC SIASAT SYARIKAT PELANCONGAN GAGAL TERBANGKAN JEMAAH UMRAH
PUTRAJAYA, 15 Jan - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa...
TIGA MAUT KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI LEBUHRAYA PLUS DI REMBAU
REMBAU, 15 Jan - Tiga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 226.5 Lebuhraya PLUS Senawang-Ayer Keroh arah utara,...
W.R.U.R BANTU CEPATKAN SELESAI MASALAH PENDUDUK
KUALA LINGGI 15 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menunjukkan keberkesanan apabila mampu menyelesaikan permasalahan dihadapi oleh rakyat....
PRODUK MAKANAN SEJUK BEKU DARI KUALA LINGGI SEMAKIN LARIS
KUALA LINGGI 15 Januari - Kesungguhan seorang suri rumah Siti Fuatdatul Nor Yusuff yang mahu meningkatkan taraf hidup keluarganya menerusi...
NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA
AYER LIMAU 15 Januari - Nelayan di negeri ini bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan nasib mereka untuk meningkatkan...
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...