Sorting by

×

Jualan Rahmah dua kali sebulan di setiap parlimen

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SERI NEGERI 1 Ogos – Kerajaan Negeri mempergiatkan inisiatif Jualan Rahmah di negeri ini dengan menganjurkannya dengan kekerapan sekurang-kurangnya dua kali setiap bulan di setiap parlimen.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, Jualan Rahmah di setiap parlimen itu tidak termasuk program yang diadakan bersama agensi dan jabatan Kerajaan Negeri.

“Kita aktif mengadakan jualan ini untuk membantu golongan memerlukan dan menangani kos sara hidup masa kini.

“Setakat ini sambutan daripada rakyat sangat menggalakkan, selain itu kita turut melaksanakan Jualan Rahmah Bergerak menggunakan lori untuk masuk ke kawasan kampung dan pasar malam.

“Di pihak Kerajaan Negeri kita sentiasa memastikan permintaan bekalan barangan asas mencukupi, ia adalah barangan harga kawalan seperti minyak masak paket, tepung gandum, gula pasir putih dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hari kedua Persidangan Kedua, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Allex berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sentiasa memantau bekalan di pasaran terutamanya barangan keperluan asas agar mencukupi.

“Justeru itu, anggota penguatkuasa KPDN digerakkan bukan sahaja di negeri Melaka, malah melibatkan anggota di seluruh negara, langkah ini bagi membolehkan tindakan segera diambil di setiap peringkat yang terlibat sekiranya berlaku isu kekurangan bekalan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1365
Kongsi :
Previous post JKM perkasa program ilmiah kesihatan mental pelajar sekolah – Exco
Next post Kerajaan tidak cadang tarik balik subsidi yuran universiti awam
Ubah saiz-+=