Sorting by

×

Jualan Madani Koperasi galak orang ramai berbelanja di koperasi

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

TELOK MAS 14 Julai – Jualan Madani Koperasi yang diadakan sempena Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 yang menawarkan kadar diskaun 20 peratus menggalakkan orang ramai berbelanja di kedai runcit atau Coopmart.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, program itu adalah sebahagian perancangan dilaksanakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka bagi tujuan itu selain mempromosi kedai runcit untuk meningkatkan hasil pendapatan masing-masing.

“Jualan Madani Koperasi yang diadakan sempena Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 adalah sebahagian 16 program yang dilaksanakan SKM Melaka sepanjang tahun bagi tujuan merancakkan ekonomi koperasi di negeri ini.

“Sebelum ini Jualan Madani Koperasi diadakan di Sungai Baru, Masjid Tanah, kemudian di Pasaraya Mydin dan kali ini di Kedai Runcit Koperasi Kakitangan Penjara Melaka Berhad.

“Dengan tawaran diskaun 20 peratus bagi barangan keperluan asas, barangan tersebut habis dijual tidak sampai satu jam dan koperasi ini turut menjalankan perniagaan sebagai pusat pengedaran barangan runcit ke Taman Tambak Paya, Ayer Molek,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan Program Jelajah Koperasi bersamanya sempena Bulan Koperasi Kebangsaan peringkat negeri.

WhatsApp Image 2023-07-13 at 16.57.49
ALLEX bersama Mohd Firdaus pada lawatan ke Koperasi Usahasama Tani Melaka Berhad yang mengusahakan tanaman cili di Ramuan Cina, Masjid Tanah. Foto SKM Melaka

Hadir sama, Pengarah SKM Melaka, Mohd Firdaus Shaari DAN Pengerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Melaka, Ab Rahim Tawel.

Terdahulu, Allex bersama tetamu kenamaan lain turut mengadakan lawatan ke Koperasi Haji Sharief Melaka Berhad di Asahan, Jasin yang mengusahakan aktiviti ternakan ayam kampung kacuk sebanyak 25,000 ekor.

Lawatan kerja beliau kemudian diteruskan ke Koperasi Usahasama Tani Melaka Berhad di Ramuan Cina, Masjid Tanah yang mengusahakan aktiviti pertanian seperti cili dan sayur-sayuran secara rumah hijau dengan hasil bantuan Koperasi Prihatin Rakyat (KPR) berjumlah RM75,000 dua tahun lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1061
Kongsi :
Previous post Tukang gunting rambut di Jasin cemerlang STPM 2022
Next post Remaja antara pengikut ajaran sesat Si Hulk di Merlimau
Ubah saiz-+=