Sorting by

×

Jualan Khas Madani capai RM4.5 juta dalam tempoh 4 hari

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

GADEK 19 April – Penganjuran Jualan Khas Syawal Madani yang sejak empat hari lalu telah mencapai nilai jualan sebanyak RM4.5 juta.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penganjuran di 38 daripada 113 lokasi seluruh negara menunjukkan perkembangan positif kearah sasarah kutipan sebanyak RM13 juta.

Katanya jualan khas membabitkan 1,462 usahawan seluruh negara adalah inisiatif daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam menyediakan ketersediaan dan akses kepada para pengguna mendapatkan barangan keperluan khususnya bagi sambutan Aidilfitri.

“Program berlangsung selama tujuh hari bermula 14 April, menawarkan pelbagai jenis produk pertanian segar dan agromakanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging, ayam, telur, produk keluaran Agromas, produk berasaskan industri makanan serta asas tani.

“Kerajaan akan meneruskan program seumpama ini pada setiap perayaan bagi membantu rakyat mendapatkan barangan dengan harga lebih berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Jelajah Ramadan YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Usahawan Negeri Melaka diadakan di Masjid Al-Najihin, Padang Sebang, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari; Pemangku Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri dan Pengarah FAMA Melaka, Hairudin Yunos.

Terdahulu dalam program itu, Mohamad turut menyampaikan kit bantuan dan duit raya kepada 160 asnaf selain 40 anak yatim serta 20 ibu tunggal.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2362
Kongsi :
Previous post ‘Pakej Bantuan Rahmah dan Prihatin Rakyat’ untuk orang Melaka
Next post Segera selesai projek sakit – KM
Ubah saiz-+=