
Jualan Agro MADANI jimatkan pengguna RM29.5 juta
JASIN 25 Ogos – Program Jualan Agro MADANI merekodkan nilai jualan sejumlah RM98.4 juta bermula Januari sehingga 18 Ogos tahun ini.
Pengarah Kanan Pembangunan Institusi Pemasaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Isa Hamzah berkata jumlah itu sekali gus menunjukkan nilai penjimatan bagi pengguna adalah sebanyak RM29.5 juta.
Katanya, sepanjang penganjurannya, program itu disertai seramai 65,114 usahawan, di samping ia turut memberi manfaat kepada 10.04 juta isi rumah.
“Kita sasarkan sebanyak 5,000 program Jualan Agro MADANI akan dilaksanakan pada tahun ini yang mana setakat ini sebanyak 4,669 program telah dilaksanakan.
“Menerusi program itu kita juga sasarkan seramai 80,000 usahawan akan terlibat pada tahun hadapan ,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jualan Khas Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-67 @ Pasar Tani Jasin di sini, semalam.
Hadir sama Pengarah FAMA Melaka, Nor Azhar Abdul Hamid.
Mengulas lanjut, Isa berharap program itu dapat memberi manfaat kepada pengguna membeli barangan keperluan dengan harga lebih murah.
“Sudah tentu program ini juga dapat meringankan kos sara hidup pengguna,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WARGA EMAS MAUT, RAKAN PATAH PAHA MOTOSIKAL BERTEMBUNG KERETA
RIM 22 April - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunganggnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dalam kejadian di...
TUKANG GUNTING RAMBUT MAUT MOTOSIKAL TERBABAS
MERLIMAU 23 April - Tukang gunting rambut maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas sendiri di Jalan Melimau - Jasin, malam...
DASAR MESRA PENIAGA DI MELAKA BUKAN RUANG AMBIL KESEMPATAN
AYER KEROH 23 April - Peniaga di sekitar Bandaraya Melaka diingatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan...
MELAKA WUJUDKAN PUSAT INKUBATOR, GALAK USAHAWAN HASILKAN PRODUK SENDIRI
AYER KEROH 23 April - Melaka bakal meraih satu lagi pencapaian dalam landskap keusahawanan menerusi penubuhan sebuah pusat inkubator pada...
RUMAH TRANSIT JADI TEMPAT BERTEDUH SEMENTARA, SUSUN SEMULA KEHIDUPAN
SERKAM 23 April - Rumah Transit Rimbunan Kasih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bukan sekadar menjadi tempat berteduh sementara,...
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...