Sorting by

×

JTDL Ramadan Madani, ‘jimat’ banyak

Masa Membaca:1 Minit, 56 Saat

MERLIMAU 2 April – Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) Ramadan Madani anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Pasar Tani Merlimau hari ini rata-rata membuatkan pengunjung yang hadir tidak pulang dengan tangan kosong.

Tinjauan Melaka Hari Ini di lokasi tersebut mendapati, hampir kesemua barangan seperti sayur, telur dan barang makanan asas lain dijual dengan harga lebih rendah dari pasaran semasa.

Menurut seorang pengunjung,  Latipah Abu Bakar, 63, berkata dia yang pada awalnya hanya hadir untuk membeli telur sahaja turut membawa pulang sayur yang diagihkan secara percuma dan barangan lain yang dibeli kerana dijual murah.

“Sebenarnya datang ke sini selepas dimaklumkan jiran tadj, tujuan memang nak beli telur sahaja, lepas tu dapat percuma sayuran. Alhamdulillah.

“Sempat juga saya membeli barangan lain untuk dimasak buat juadah berbuka nanti, kerana harga barangan di sini lebih murah dibandingkan dengan harga pasar raya. Jimat banyak,” katanya.

DCCEC735-5B1D-4E2D-B96B-03ADAD616D77
Temubual Pengunjung, Latifah Abu Bakar, 63, pada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) Ramadan Madani @ Pasar Tani Merlimau, Jasin. Foto: MR. AZLI

Nada sama turut disuarakan oleh seorang lagi warga emas, Robiah Abdul, 76, jelasnya dia yang selalu mendapatkan bahan mentah di pasar agak terkejut melihat harga yang dijual di program tersebut dan menyifatkan jualan tersebut sebagai jualan bantu rakyat.

“Memahami situasi semasa, harga barang naik dan harga semakin mahal, saya agak terkejut apabila di sini banyak barang asas dan bahan mentah yang segar dijual murah.

“Kalau nak dibandingkan harga memang ada perbezaan, saya harap kerajaan menerusi FAMA dapat lakukan program ini tanpa mengikut parayaan, sedikit sebanyak dapat ringankan beban rakyat marhaen ini,” katanya.

388A4D80-86C7-4CFB-896C-0272EF8216C5
Temubual Pengunjung, Samit Salasa, 65, pada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) Ramadan Madani @ Pasar Tani Merlimau, Jasin. Foto: MR. AZLI

Dalam pada itu, seorang lagi pengunjung , Samit Salasa, 65, turut mengucapkan terima kasih dan mengharapkan program seumpama itu dapat diteruskan dari semasa ke semasa dengan lebih kerap.

“Sepanjang saya berjalan keliling di sinu, saya melihat harga barangan yang dijual ada yang lebuh murah dan ada yang agak tinggi jika dibanding harga semasa.

“Namun, kualiti barangan yang dijual terlihat lebih segar dan berbaloi untuk dibeli di sini, cuma saya harapkan  program bantu rakyat golongan B40 macam saya ini dapat dilaksanakan lebih kerap,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1349
Kongsi :
Previous post Gedung pakaian gamat, anak yatim girang terima baju raya baharu
Next post NIOSH sasar 30 premis di wilayah selatan sertai program WINA
Ubah saiz-+=