
JSJN Melaka lupus dadah bernilai RM180,000
MELAKA 7 April. – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM181,495.67 di Ladang Tanah Merah A3 Division Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan di sini, hari ini.
Ketua JSJN Melaka Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, dadah berkenaan melibatkan 1,896 kes dan kertas siasatan yang telah selesai dijatuhkan hukuman mahkamah, bagi tahun 1995 hingga 2000.
Beliau berkata barang kes yang dilupuskan antaranya, heroin sebanyak 445.351 gram (g), kanabis (1,467g), monoacetylmorphines (229g), methamphetamine (1,777g), ketamin (24g), moma (104 biji), mitragynine (221.465 liter), nimetazepam (326 biji) dan kafein (0.01g).

“Semua barang kes yang dilupuskan adalah barang kes yang telah selesai dianalisa oleh Jabatan Kimia dan telah selesai proses perbicaraan atau perundangan.
“Pelupusan barang kes berkenaan dilakukan oleh Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd, yang mempunyai peralatan dan kepakaran dalam urusan pelupusan barangan berjadual, yang mematuhi kehendak piawaian alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
