JPV Terengganu bedah siasat kucing ditemui mati di Pantai Bukit Keluang
BESUT, 7 Mac – JabatanĀ Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu telah menjalankan bedah siasat terhadap bangkai kucing yang mati disyaki akibat tindakan khianat di daerah ini semalam, dan sampel telah dihantar ke makmal untuk tujuan analisis kimia serta ujian diagnostik.
Pengarah JPV negeri Dr Anun Man berkata setelahĀ menerima aduan berkenaan kucing mati disyaki diracun di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang di sini, pada Ahad, pasukan operasi Unit Kebajikan Haiwan dan Penguat kuasa Veterinar negeriĀ telah digerakkan untuk melakukan siasatan di lapangan.
āSebanyak 15 ekor bangkai kucing pelbagai umur, jantina dan warna telah ditunjukkan oleh pengadu di lokasi bangkai itu ditemui dan ditanam,ā katanya kepada Bernama hari ini.
Katanya, JPV turut membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kebajikan HaiwanĀ 2015 (Akta 772) untuk siasatan lanjut dan meminta orang awam agar membuat sebarang aduan kebajikan haiwan secara rasmi menerusi laman sesawang MyAnimaWelfare diĀ https://awa/dvs.gov.my/support.
Sementara itu Yang Dipertua Majlis Daerah Besut Mohd Fadli Ngah berkata walaupun terdapat banyak kucing jalanan berkeliaran di daerah itu, namun pihaknya tidak pernah menerima sebarang laporan mengenainya atau menangkap haiwan berkenaan.
Beliau berkata setelah timbul kes kucing jalanan mati dipercayai akibat tindakan khianat, pihaknya akan melakukan pemantauan bagi memastikan kejadian tidak berperikemanusiaan itu tidak berulang.
Semalam, video penemuan bangkai kucing itu yang dikongsi oleh kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Badrul Hafeezy Ali, 35, menjadi tular di laman Facebook dan mendapat pelbagai reaksi warganet yang meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan kejadian itu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.