
JPNIN perkasa, pertingkat dan pergiat aktiviti KRT
PANTAI KUNDOR 2 April – Aktiviti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) seluruh negara akan diperkasa, dipertingkat dan dipergiatkan lagi menerusi Program Gerak Rahmah 2023.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Mohd Fardhi Ahmad berkata, setakat ini 8,438 KRT berdaftar dengan pihaknya.
Mohd Fardi berkata, pihaknya mensasarkan sebanyak 40 peratus daripada program yang dirancang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.

“Ada 11 program utama dianjurkan tahun ini. Bagi Gerak Rahmah aktiviti pertama dilaksanakan adalah Program Jom Sihat membabitkan penyertaan lebih 4,000 KRT seluruh negara pada 25 Februari lalu.
“Kemudian disusuli Program Jom Ronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) pada 17 Mac. Setiap bulan kita akan pastikan ada siri aktiviti dibawah Program Gerak Rahmah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Gerak Rahmah 2023 – Jom Masak Bubur Lambuk Peringkat Negeri Melaka di KRT Rumah Pangsa Lereh Tanjung Kling, di sini, semalam.
Program dijayakan dengan kerjasama 126 KRT seluruh Melaka itu turut dihadiri Pengarah JPNIN negeri, Intan Suhana Yusuff.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RXZ RIDE EDITION 3.0: ‘HOMESTAY’ DI MELAKA MERIAH
AYER KEROH 15 Disember - Penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 baru-baru ini dilihat membawa limpahan rezeki kepada pengusaha...
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
