JPN Melaka selesai isu MyKid secara berperingkat

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 8 Ogos – Isu cetakan kad pengenalan kanak-kanak atau MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip telah diselesaikan sepenuhnya oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pengarah JPN Negeri Melaka, Norazle Sulaiman berkata, isu itu menyebabkan ramai ibu bapa berdepan kelewatan untuk mendaftaran kelahiran bayi masing-masing.

Norazle berkata, bermula bulan ini permasalahan itu akan diselesaikan secara beransur-ansur oleh JPN Negeri Melaka.

“Kita minta ibu bapa yang daftar lewat disebabkan isu MyKid sebelum ini tampil ke mana-mana cawangan atau kaunter JPN bagi urusan selanjutnya.

“Urusan membabitkan MyKid ini boleh dibuat di semua pejabat JPN termasuk pejabat cawangan (JPN Ayer Keroh, JPN Daerah Jasin, JPN Daerah Alor Gajah, JPN Cawangan Masjid Tanah dan JPN UTC).

“Mykid yang dimohon di JPN Ayer Keroh dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dapat disediakan lebih cepat berbanding di JPN Cawangan yg lain di Melaka, kerana mesin cetakan MyKid terdapat di dua JPN ini.

“Permohonan di JPN cawangan-cawangan yang lain akan mengambil sedikit masa untuk membolehkan MyKid diambil oleh pemohon, setelah ia dicetak di JPN Ayer Keroh seterusnya dihantar ke JPN cawangan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Hari Bertemu Pelanggan Bil 8/2024 dan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka Tahun 2024 yang dirasmikan oleh Exco Belia, Sukan dan NGO negeri VP Shanmugam di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

114
Kongsi :
Previous post 100 syarikat Jerman berkampung di Melaka Oktober depan
Next post Delegasi asing tunjuk minat terhadap seni, budaya Melaka
Ubah saiz-+=