JPN Melaka sasar tiga golongan utama dalam MEKAR

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

ASAHAN 19 Mac – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka giat melaksanakan Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) sepanjang tahun ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri, Masitah Muhamat berkata menerusi Program MEKAR itu, pihaknya menumpukann tiga golongan utama bersasar.

Katanya, golongan tersebut adalah golongan warga emas uzur atau terlantar, orang kelainan upaya (OKU) dan pesakit terlantar atau kronik.

“Program ini kita laksanakan setiap bulan di lokasi berbeza dan memberi tumpuan kepada golongan bersasar utama.

“Ia bagi mencapai sasaran JPN Melaka 2023, iaitu semua golongan penduduk negeri ini mempunyai dokumen.

“Objektif MEKAR ini adalah untuk membantu rakyat yang tidak berkeupayaan untuk hadir berurusan di mana-mana cawangan JPN atau program seumpama ini bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri,” katanya.

F7488C8D-8165-4C19-AEED-A48CAA9C7C2C
MASITAH

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program MEKAR di Balai Raya Kampung Orang Asli Tebong Stesyen, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Masitah berkata pada program tersebut,  JPN Melaka bekerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) negeri dan Persatuan Anak Sabah (PASMA) Melaka.

Pada program tersebut juga PASMA hadir memberikan khidmat potong rambut percuma kepada anak-anak orang asli yang hadir ke program terbabit.

Mengulas lanjut, Masitah berkata, kira-kira 30 orang asli dari tujuh kampung dalam negeri itu hadir ke program tersebut.

“Kita berkampung di Balai Raya Kampung Orang Asli Tebong Stesyen ini dari jam 9 pagi hingga ke petang, untuk membantu mereka mendapatkan dokumen dan sebagainya.

“Untuk masa akan datang, pihak JPN Melaka akan berbincang dengan JAKOA untuk hadir melaksanakan program seumpama ini,,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1192
Kongsi :
Previous post Melaka gerakkan 44 ‘jentera’ ke Yong Peng, bantuan pasca banjir
Next post Kenal pasti lokasi baharu tempatkan peniaga Kampung Jawa – Exco
Ubah saiz-+=