JPN Melaka rekod tujuh kes MyKad dan maklumat palsu setakat Ogos
AYER KEROH 8 Ogos – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka merekodkan tujuh kes membabitkan pelbagai isu bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.
Pengarah JPN Negeri Melaka, Norazle Sulaiman berkata jumlah itu lebih rendah berbanding keseluruhan 19 kes yang direkodkan sepanjang 2023.
Katanya, perkembangan itu dianggap sebagai positif berikuta jumlah kes melanggar syarat atau undang-undang berkaitan JPN di negeri ini menunjukkan penurunan setiap tahun.
“Setakat Ogos JPN Negeri Melaka merekodkan dua kes penggunaan kad pengenalan palsu membabitkan individu bukan warganegara. Kes sudah dirujuk ke mahkamah mengikut Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan individu berkenaan dijatuhi hukuman denda RM2,500 seorang.
“Lima lagi kes pula membabitkan kesalahan maklumat palsu, mereka berkenaan ditahan dan didakwa di mahkamah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Hari Bertemu Pelanggan Bil 8/2024 dan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka Tahun 2024 yang dirasmikan oleh Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ELAUN TAMBAHAN KHABAR GEMBIRA UNTUK SIDANG KAMPUNG
AYER KEROH 9 Januari - "Terima kasih Kerajaan Negeri kerana prihatin dengan nasib sidang-sidang kampung dan sudi memberikan elaun tambahan...
LORI TANGKI REMPUH TRELER SEBELUM TERBAKAR
ALOR GAJAH 8 Januari - Lori tangki yang terbakar dengan sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 199.4 Lebuhraya Utara Selatan...
KAKAK, ADIK MAUT DALAM KEMALANGAN BABIT DUA KENDERAAN
IPOH, 8 Jan - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan...
PEMANDU CEDERA, LORI TANGKI DAN KERETA TERBAKAR
AYER KEROH 8 Januari - Sebuah lori tangki minyak sawit dan sebuah kereta terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer...
PESARA TENTERA DIDAKWA CEDERAKAN DUA ANAK TIRI DI KOTA BHARU
KOTA BHARU, 8 Jan - Seorang pesara tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas dua...
PENEMUAN OBJEK DISYAKI BOM: POLIS MASIH JALANKAN SIASATAN
SEMPORNA, 8 Jan - Polis masih menjalankan siasatan berhubung penemuan objek disyaki bom di perairan Substesen Pulau Sibuan, Taman Marin...