Sorting by

×

JPJ MELAKA SITA KERETA MEWAH, KELUAR 128 NOTIS PELBAGAI KESALAHAN

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 13 Mac – Sebuah kereta mewah disita dan 128 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka sepanjang Operasi Khas Pengarah Lebih Muatan pada awal pagi tadi.

JPJ Melaka dalam satu kenyataan media memaklumkan operasi terbabit telah dijalankan bermula 12 tengah malam sehingga 9 pagi tadi di sekitar Negeri Melaka.

Memetik kenyataan, secara keseluruhan 174 kenderaan diperiksa sepanjang operasi terbabit.

“Sebanyak 39 kenderaan telah diperintahkan untuk ditimbang di bawah Seksyen 63 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 82 (2) Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

“Daripada jumlah itu, 38 kenderaan didapati membawa lebih muatan manakala sebuah kenderaan gagal hadir untuk penimbangan dan akan diberikan notis mengikut Seksyen 63(1) APJ 1987,” menurut kenyataan.

Mengulas lanjut, JPJ Melaka JPJ Melaka telah menyita sebuah kenderaan persendirian jenis Mercedes Benz atas kesalahan lesen kenderaan moto (LKM) tamat tempoh mengikut Seksyen 23(1) APJ 1987 dan Tiada Perlindungan Insurans mengikut Seksyen 90(1) APJ 1987.

“Kenderaan tersebut telah disita di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987. Pemilik Kenderaan tersebut gagal memperbaharui LKM Dan Insurans dari tarikh tamat tempoh 06/09/2023.

“Sehubungan itu, JPJ negeri menggesa syarikat, pemilik dan pemandu kenderaan untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan termasuk meningkatkan lagi tahap kawal selia keselamatan operasi kenderaan komersial bagi memastikan ekosistem jalan raya sentiasa selamat untuk pengguna jalan raya lain,” jelas kenyataan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post KPDN SERBU DUA PREMIS PENYEMBELIHAN AYAM BEROPERASI SECARA HARAM, KOTOR
Next post 2,000 ORANG DIJANGKA MERIAHKAN MAJLIS IFTAR SANTAI BERSAMA KETUA MENTERI