Sorting by

×

JPJ Melaka sedia tujuh kios mudahkan orang awam

Masa Membaca:54 Saat

BUKIT KATIL 7 Disember – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menyediakan tujuh buah Kios JPJ bagi memudahkan pengguna yang mempunyai urusan dengan jabatan itu.

Pengarah JPJ Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata, jika sebelum ini pihaknya hanya menyediakan tiga buah sahaja kios perkhidmatan itu, kini jumlah itu ditambah bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

“Di Pusat Transformasi Bandar (UTC) sekarang ini terdapat tiga buah kios, JPJ Melaka tiga dan sebuah lagi di JPJ Jasin, menjadikan kesemuanya tujuh.

“Penambahan ini dibuat kerana kita dapati penggunaanya agak tinggi dan ramai yang memilih menggunakan perkhidmatan Kios JPJ ini kerana ‘mesra pengguna’,” katanya.

Menurutnya, antara urusniaga yang disediakan menerusi perkhidmatan kios itu, adalah pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) persendirian, cetakan sijil pemilikan kenderaan (VOC), cetakan maklumat lesen memandu dan insurans serta pembayaran saman.

“Misalnya pelanggan yang hendak memperbaharui LKM, mereka cuma ke kios dan lakukan dalam tempoh masa yang singkat sahaja, ia amat mudah.

“Dengan perkhidmatan ini, pelanggan tidak perlu lagi beratur dan menunggu lama untuk berurusan dikaunter selain kios ini menggunakan mode bayaran secara cashless,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5044
Kongsi :
Previous post Harga RON97 turun 10 sen, RON95 dan diesel kekal
Next post ‘Badang cilik’ Nyalas dalam pembikinan
Ubah saiz-+=