JPJ MELAKA LAKSANA PROGRAM KHAS PERALIHAN LMM

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 16 Oktober – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, turut melaksanakan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 kepada LLM Kelas B bagi penunggang yang berminat.

Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Shariff berkata, seperti negeri lain, Melaka turut melaksanakan inisiatif itu yang diumumkan oleh menteri pengangkutan sebelum ini.

Mengulas lanjut Muhammad Firdaus berkata, program khas itu dilaksanakan menerusi kerjasama dengan beberapa institusi memandu (IM) di semua daerah di Negeri Melaka.

“Saya ambil maklum ada timbul beberapa isu di Melaka berkaitan pelaksanaan program peralihan ini. Sebagai makluman JPJ Melaka turut menawarkan program ini sama seperti negeri lain.

“Mengikut statistik JPJ Melaka menerima seramai 329 perohonan dengan 12 pemohon sudah menduduki ujian seperti yang disyaratkan dan hasilnya lapan sahaja lulus naik taraf lesen mereka,” katanya ketika ditemui selepas Program Lelongan Awam Kenderaan Lucut Hak Siri 1/2024 JPJ Negeri Melaka di JPJ Melaka, Bukit Katil, hari ini.

Menurutnya, di Melaka hanya tujuh IM sahaja yang melaksanakan program itu dan mereka yang layak boleh tampil bagi membuat pendaftaran.

“Bagi daerah Melaka Tengah, IM yang terbabit adalah Semangat Infrajaya Sdn Bhd, Top Sprint dan Safety Driving Centre Sdn Bhd (MSDC).

“Daerah Alor Gajah pula adalah Pusat Memandu Zapcity Sdn Bhd, Detik Erat Sdn Bhd dan Institut Memandu Jaafar Othman Sdn Bhd, manakala daerah Jasin pula di SSDC Driving Academy Sdn Bhd.

“Menerusi program ini sesiapa sahaja boleh mohon tetapi perlu mengikut syarat ditetapkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

88
Kongsi :
Previous post RM4.634 JUTA BAIK PULIH KEMUDAHAN DAN CERUN RUNTUH
Ubah saiz-+=