JPJ Melaka keluarkan 346 notis saman

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BUKIT KATIL 11 Oktober – Sebanyak 346 notis saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka dalam tempoh 11 hari Op Khas Kenderaan yang dijalankan.

Pengarah JPJ Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata, operasi bermula 1 Oktober lalu bertujuan untuk mengesan kenderaan perdagangan yang beroperasi tanpa mengikut spesifikasi sekitar negeri ini.

Muhammad Firdaus berkata, sepanjang operasi sama juga 75 kenderaan dikenakan tindakan kompaun manakala 10 lagi dikenakan tindakan mahkamah selepas didapati melakukan kesalahan teknikal.

“Antara kesalahan paling kerap dikesan adalah membawa muatan secara berlebihan dengan 121 notis saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.

“Sebanyak empat buah kenderaan berat juga disita sepanjang operasi ini selepas didapati tidak memiliki cukai jalan, insurans tamat tempoh dan pemandu tiada lesen,” katanya.

WhatsApp Image 2023-10-11 at 6.41.55 PM
MUHAMMAD Firdaus memeriksa lori yang disita

Beliau berkata, sebanyak 678 kenderaan lain termasuk lori kontena, lori balak dan lori simen diperiksa.

“Pada operasi ini kita memberi tumpuan kepada beberapa aspek antaranya membabitkan teknikal dan tujuh kesalahan kendiri seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memotong dilorong kecemasan serta tidak memakai tali pinggang keledar.

“Bagi kesemua notis saman yang dikeluarkan diambil di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 201,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4109
Kongsi :
Previous post KKTM Masjid Tanah komited lahirkan pakar EV
Next post Mujur mendiang suami tinggal ‘bekal’ untuk anak-anak
Ubah saiz-+=