Sorting by

×

JPJ Melaka keluarkan 123 notis kesalahan pemandu dan pemilik kenderaan

Masa Membaca:54 Saat

BUKIT KATIL 14 Oktober -Sebanyak 65 kenderaan diambil tindakan oleh
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, selepas didapati melakukan beberapa kesalahan dalam Operasi Khas PUSPAKOM, Alor Gajah, di sini, pada Khamis.

Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Shariff berkata dalam operasi selama tujuh jam yang berakhir 5 petang itu, sebanyak 154 kenderaan membabitkan persendirian dan perdagangan diperiksa.

Beliau berkata, hasil daripada pemeriksaan itu, sebanyak 123 notis dikeluarkan pihaknya kepada pemandu dan pemilik kenderaan selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan.

“Daripada 123 notis itu, 77 adalah notis JPJ P (22) antaranya membabitkan kesalahan lesen memandu; Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran.

“Dua belas (12) notis pula PG1 iaitu larangan penggunaan kenderaan dan 34 lagi notis Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu notis arah periksa kenderaan,” katanya.

Menurutnya, selain itu kesalahan teknikal lain yang dikesan adalah cermin gelap, tiada hon serta nombor pendaftaran.

Sementara itu, Muhammad Firdaus berkata, pihaknya turut menjalankan penguatkuasaan di PUSPAKOM bagi memastikan penilaian dan pematuhan kepada standard pemeriksaan kenderaan khususnya bagi aspek kualiti penyelenggaraan teknikal kenderaan perdagangan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2903
Kongsi :
Previous post ‘Burger pelik’ tarikan baharu Pengkalan Balak
Next post Loji air Chin Chin bekal air bersih kepada 26,000 pengguna
Ubah saiz-+=