Sorting by

×

JPJ Melaka bakal lelong 154 kenderaan

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BUKIT KATIL 13 Ogos – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri akan melelong 154 kenderaan dalam siri satu 2020 pada 2 September depan.

Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff berkata, buku lelong kenderaan itu akan dijual bermula Isnin ini (17 Ogos) sehingga 28 Ogos dengan harga RM100 di Unit Kewangan jabatan itu.

Beliau berkata, untuk tahun ini pihaknya menjangkakan hasil bidaan boleh mencecah RM1 juta kerana tahun lalu JPJ Melaka berjaya mengutip RM1.3 juta dengan hanya 75 kenderaan pada siri kedua.

“Dalam lelongan itu kita mempunyai 154 kenderaan membabitkan 100 motokar, motosikal (47), lori (empat) dan van (tiga) membabitkan 100 kenderaan klon yang boleh didaftarkan semula.

“Kebanyakkan kenderaan yang bakal dilelong itu adalah kenderaan pelbagai guna (MPV) antaranya Toyota Estima selain Honda Stream, Honda Wish dan Toyota Vios serta Subaru yang dijangka menjadi tumpuan pembidaan” katanya.

Muhammad Firdaus berkata, bagi motosikal dijangka akan menjadi tumpuan adalah KTM Duke 200 cc dan Yamaha Y15ZR atau ‘Ysuku’ selain motosikal yang tidak boleh didaftarkan (scrap).

“Saya ingin menjelaskan siri bidaan ini tidak dikhaskan untuk kedai atau ‘used car’, terbuka kepada semua untuk membida kecuali untuk kenderaan scrap,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, ketika sesi lelongan itu nanti, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negera (MKN) menjadi keutamaan pihaknya.

“Hanya pembida yang suhu badannya tidak melebihi 37.5 dan penjara fizikal serta mematuhi segala SOP ditetapkan dibenarkan masuk,” katanya.

Views:

1025
Kongsi :
Previous post Pemilik ‘dera’ kucing di Ayer Molek terima ‘lawatan’ DVS Melaka
Next post 25 penduduk Rim terima sumbangan bakul makanan
Ubah saiz-+=