JPJ laksana pengambilan 120 anggota baharu
PASIR MAS, 12 Jun – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang melaksanakan pengambilan 120 anggota baharu tahun ini bagi memperkemas pasukan penguat kuasa jabatan tersebut, kata Pengarah Akademi JPJ Mohamad Kifli Ma Hasan.
Beliau berkata ketika ini proses ujian fizikal dan temu duga sedang dilakukan bagi pengambilan berkenaan.
“Insya-Allah sebelum akhir tahun ini, mereka yang terpilih akan menjalani kursus tiga bulan di Akademi JPJ Melaka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Cilik 2022/2023 di Sekolah Kebangsaan Kedondong di sini hari ini.
Mohamad Kifli berkata JPJ juga sedang berusaha menubuhkan pasukan pancaragam sendiri selain sudah memiliki pasukan pancaragam yang dianggotai 45 pegawai yang memiliki kemahiran bermain alat muzik bagpipe.
“Pasukan pancaragam itu dianggotai pegawai dari seluruh negara, mereka yang dipilih mempunyai minat yang tinggi serta berkebolehan memainkan peralatan muzik.
“Walaupun menganggotai pasukan pancaragam, mereka ini turut berkhidmat dalam pasukan seperti Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) JPJ… mereka tetap tertakluk kepada penugasan yang menuntut disiplin tinggi,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BERAS MELAKA BAKAL DIPASARKAN, HANYA RM26 SEKAMPIT
MERLIMAU 22 Januari - Kerajaan Negeri bakal mengeluarkan beras putih tempatan dikenali sebagai Beras Melaka dalam usaha membantu menambah stok...
PERUBAHAN PORTFOLIO EXCO MELAKA TETAP BERLAKU – KM
ASAHAN 22 Januari - Rombakan portfolio Exco Kerajaan Negeri tetap akan dilakukan bagi memberi keseimbangan dalam tugas dan tanggungjawab setiap...
KEBUN DURIAN JADI PRODUK PELANCONGAN MELAKA
ASAHAN 22 Januari - Kerajaan Melaka menyokong usaha mana-mana pengusaha durian yang ingin menjadikan kebun mereka sebagai produk ekopelancongan di...
PROGRAM TVET BANTU ANAK MELAKA MILIKI SIJIL KEMAHIRAN
RIM 22 Januari - Kerajaan Negeri akan memastikan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak tercicir dan berpeluang menyambung pelajaran...
GADEK HOTSPRING LAIN DARI YANG LAIN – PENGUNJUNG
GADEK 22 Januari - Kompleks Air Panas Gadek yang kini dikenali sebagai Gadek Hotspring Wellness & Spa Resort telah dilancarkan...
RESTORAN TERAPUNG MENDAM BERAHI PPSPM BEROPERASI FEBRUARI DEPAN
BANDARAYA MELAKA 22 Januari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bakal melancarkan Restoran Terapung Mendam Berahi (RTMB) dalam...