‘Jom tengok lembu sado di Melaka Agrofest’

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 23 Jun – Mereka berminat untuk melihat baka hibrid atau lebih dikenali sebagai lembu ‘sado’ dengan lebih dekat dipelawa ke program Melaka Agrofest 2023 berlangsung tiga hari bermula hari ini hingga Ahad di Dataran Sejarah Ayer Keroh, di sini.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, selain lembu sado dan ternakan, antara tarikan lain aalah 50 gerai yang menawarkan produk pertanian pada harga menarik.

“Saya menjemput seluruh rakyat Negeri Melaka dan pengunjung luar beramai-ramai singgah ke Dataran Sejarah kerana kita menawarkan pelbagai makanan serta produk pertanian untuk mereka.

“Kali ini pengunjung datang ke Negeri Melaka bukan hanya untuk singgah beriadah di pantai, malah boleh melihat gerai jualan pertanian menawarkan pelbagai produk.

“Pelbagai hadiah turut ditawarkan kepada pengunjung yang hadir jika menyertai pertandingan disediakan sepanjang tiga hari program ini berlangsung,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas mengadakan lawatan ke program itu, hari ini.

WhatsApp Image 2023-06-23 at 12.42.07 PM
DR. Muhamad Akmal semasa melihat pameran lembu sado oleh salah seorang penternak pada program itu.

Dr. Muhamad Akmal berkata, paling menarik adalah pertandingan ‘battle of the band’ membabitkan pesukan mewakili pelbagai perkhidmatan dalam Tentera Darat Malaysia (TDM).

“Kita membawa abang-abang tentera untuk ‘battle of the band’, kita kumpul tentera darat seluruh Malaysia untuk buat ‘battle’ siapa yang paling hebat.

“Dijangka program selama tiga hari ini lebih 25,000 pengunjung yang akan datang, mungkin lebih lagi sebab ramai yang bercuti pada hujung minggu,” katanya.

WhatsApp Image 2023-06-23 at 12.43.00 PM
DR. Muhamad Akmal beramah-mesra bersama peniaga yang terlibat pada program itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2419
Kongsi :
Previous post 220 masjid, 846 surau jalankan ibadah korban
Next post Fasa endemik COVID-19: KKM bentang saranan, SOP baharu minggu depan
Ubah saiz-+=