JOM SERTAI PERTANDINGAN KAYAK @SUNGAI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDARAYA MELAKA 17 Oktober – Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) menjemput orang ramai menyertai Pertandingan Kayak @Sungai Melaka di Dataran Pengkalan Rama pada 26 Oktober depan bersempena Festival Sungai Melaka.

Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Khairunnisa Ibno Masooda berkata, yuran penyertaan RM50 dikenakan bagi setiap kayak.

“Antara yang dipertandingkan adalah kayak rekreasi 200 meter untuk kategori terbuka lelaki, wanita dan campuran. Kami juga buka penyertaan bagi kategori tertutup institusi pengajian tinggi (IPT) Negeri Melaka (lelaki, wanita dan campuran).

“Kepada mereka yang berminat boleh segera membuat pendaftaran kerana penyertaan dibuka kepada 180 kayak atau 90 pasangan sahaja, wang tunai RM1,000 menanti juara pertandingan,” katanya kepada Melaka Hari ini.

Jelasnya, antara syarat yang ditetapkan adalah seorang peserta hanya dibenarkan untuk menyertai satu kategori sahaja dan diwajibkan memakai kain sarung secara selimpang ketika pertandingan berlangsung.

“Kami menyediakan kayak, namun sekiranya peserta mempunyai ‘bouyancy aid’ dan ‘paddle’ kayak milik peribadi mereka digalakkan untuk menggunakannya ketika pertandingan nanti.

“Kita harap peminat sukan air tidak melepaskan peluang ini dan daftar sebelum tarikh tutup 22 Oktober nanti, bagi sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 012-6206861,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

52
Kongsi :
Previous post BEKU CUTI PEGAWAI, ANGGOTA JBPM MELAKA
Next post PAMERAN BERASASKAN TEKNOLOGI PERLU DITERUSKAN
Ubah saiz-+=