JOM SERTAI PERARAKAN BOT SUNGAI MELAKA 31 OGOS INI

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDARAYA MELAKA 29 Ogos – Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) mempelawa orang ramai untuk menyertai Perarakan Bot Sungai Melaka bersempena Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Khairunnisa Ibno Masooda berkata, perarakan tersebut akan bergerak dari Jeti Pengkalan Rama pada jam 7 pagi, Sabtu ini.

Bagaimanapun katanya, orang ramai yang mahu turut serta perlu mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

“Peserta (orang ramai) perlu melanggan (subsribe) Telegram MyMelakaNews terlebih dahulu dan pendaftaran perlu dibuat bagi setiap individu.

“Tawaran ini terbuka kepada 500 yang terawal sahaja dan peserta berkumpulan yang melebihi lima orang daripada mana-mana institusi termasuk sekolah, institusi pengajian tinggi dan badan persatuan boleh membuat tempahan awal.

“Peserta juga perlu memakai pakaian etnik dan bertemakan Kemerdekaan sepanjang perarakan bot itu nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

457183697 1183169782965852 3562639286034663146 N

Khairunnisa berkata, pihaknya amat menggalakkan anak kelahiran Melaka dan pemastautin di negeri ini untuk menyertai perarakan bot tersebut.

“Semua peserta akan diberikan e-sijil setiap seorang dan boleh didapati menerusi telegram Melaka River Cruise. Peserta yang mempunyai kad pengenalan 04 dan 30 dialu-alukan untuk menyertai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan waktu operasi Melaka River Cruise pada 31 Ogos itu adalah bermula pada jam 12 tengah hari.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

382
Kongsi :
Previous post RONDAAN POLIS SECARA BERKALA DI HOSPITAL JASIN
Next post PIDATO RUKUN NEGARA PIALA TYT MELAKA CIPTA REKOD BAHARU
Ubah saiz-+=