Sorting by

×

JOM MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI TELOK MAS, SABTU INI

Masa Membaca:45 Saat

TELOK MAS 10 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman menjemput seluruh rakyat Melaka khususnya warga Telok Mas memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri yang akan diadakan pada Sabtu ini (12 April).

Beliau yang juga Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri memaklumkan, sama seperti tahun lalu, Padang Bola Taman Seri Telok Mas kekal menjadi lokasi penganjuran rumah terbuka tersebut.

“Saya bersama isteri dan keluarga dengan rasa rendah hati dan penuh kesyukuran menjemput seluruh rakyat Melaka khususnya warga Telok Mas bagi memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Telok Mas.

“Majlis ini akan bermula selepas Maghrib iaitu pada jam 7.45 malam hinggalah sampai makanan habis,” katanya dalam satu video jemputan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi beliau.

489363630 1144824277658754 6690897034230765376 n

Menurut Abdul Razak, pelbagai juadah hari raya dan persembahan menarik akan disajikan kepada pengunjung yang hadir.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1898
Kongsi :
Previous post KPDN MELAKA KESAN 7 KESALAHAN TIDAK PAMER TANDA HARGA ‘PINK’
Next post MALAYSIA ALU-ALUKAN PENANGGUHAN SEMENTARA TARIF LEBIH TINGGI AS – TENGKU ZAFRUL