Jom makan durian sampai puas di Hotel MITC

Masa Membaca:51 Saat

AYER KEROH 24 Jun – Tawaran harga durian yang rendah pada musim kali ini, memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati keenakan raja buah itu sepuasnya.

EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata perkembangan semasa itu mewujudkan situasi menang-menang kepada peladang dan pengguna.

“Saya rasa peladang tidak berdepan masalah kerana harga jualan masih berpatutan dan terkawal.

“Biarpun harga rendah masih boleh memberi keuntungan kepada peladang, pengguna juga dapat manfaat yang sama untuk menikmati durian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jom Makan Pesta Durian ‘Makan Sampai Puas’ anjuran Hotel MITC di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengurus Besar Hotel MITC Sazali Sabri berkata, pihaknya menyasarkan sehingga 12 tan durian akan disediakan sepanjang tiga hari penganjuran pesta berkenaan bermula hari ini hingga Ahad.

“Hari ini ada 130 orang yang datang dan kami sediakan tiga tan durian. Esok sahaja kami sudah dapat 100 tempahan, Ahad pula ada kira-kira 160 tempahan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1829
Kongsi :
Previous post Lelaki, anak tiri didakwa tipu bekalan sarung tangan lebih RM700,000
Next post SPRM NS tahan enam individu termasuk penguat kuasa
Ubah saiz-+=