
Jom kembara ilmu di tiga muzium
AYER KEROH 31 Julai – Pelajar Institusi pendidikan tinggi (IPT) dan sekolah berpeluang menikmati Pakej Kembara Ilmu – Educational Tour pada harga RM30 seorang.
Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Erne Hamsah berkata, insiatif itu memberi pengalaman kepada para pelajar menambah ilmu tentang tiga muzium ditawarkan dalam pakej itu.
“Antara muzium terlibat adalah Muzium Sejarah & Ethnografi, Muzium Istana Kesultanan Melaka dan Muzium Hang Tuah.
“Pihak PERZIM menawarkan kepada semua pelajar sekolah serta IPT untuk menyertai kembara ilmu ini, mereka boleh memilih untuk masuk sesi pagi atau petang pada hari bekerja sahaja.
“Pakej ini amat berbaloi dan dapat memberikan peluang kepada anak-anak muda untuk mempelajari tentang sejarah-sejarah yang ada di Kota Melaka,” katanya.
Menurut Erne, pakej itu bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
“Jadi kita ingin merancakkan kembali kembara ini dan pelbagai aktiviti akan diadakan seperti permainan tradisional, lawatan berpandu ke dalam muzium, menjawab kuiz dan aktiviti.
“Dengan bayaran pakej itu pelajar turut diberikan makan tengah hari, tiket masuk muzium, ‘goodie’ dan sijil penyertaan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...