
Johor, Perak ungguli Piala Tun Ali 2022, ketepikan dua wakil Melaka di final
BANDAR MELAKA 21 Ogos – Pasukan Johor dan Perak dinobat juara sulung Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2022 apabila masing-masing mengungguli acara regu dan beregu pada aksi final hari ini.
Untuk acara regu, Johor menang mudah ke atas wakil tuan rumah Melaka dengan kemenangan straight set 21-17, 21-18.
Manakala Perak terlebih dahulu mengesahkan kejuaraan bagi acara beregu (double) juga menewaskan Melaka dengan kemenangan 19-21, 21-13, 21-13.

Selaku johan acara regu, Johor membawa pulang hadiah kemenangan RM10,000 berserta piala dan medal, sementara Perak yang mengungguli acara beregu membawa pulang RM8,000, piala dan medal.
Manakala, Melaka yang muncul naib juara bagi kedua-dua acara membawa pulang RM5,000 dan RM4,000 berserta medal.
Hadiah kepada pemenang disampaikan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.
Senarai Pemenang:
Beregu (Double)
Juara: Perak
Naib Juara: Melaka
Regu
Juara: Johor
Naib Juara: Melaka
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.