Sorting by

×

JKR Melaka pilih 52 kontraktor terbaik laksana projek baharu

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

BANDARAYA MELAKA 24 Julai – Sebanyak 52 projek baharu Jabatan Kerja Raya (JKR) di Melaka dilaksanakan bermula bulan Julai dengan nilai lebih RM14.26 juta.

Pengarahnya, Datuk Ir. Ismail Abd Rahman berkata, projek itu dianugerahkan kepada seramai 52 kontraktor terpilih di negeri ini mengikut kepakaran bidang masing-masing.

“Hari ini kita serahkan Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang terpilih, kontraktor perlu siapkan ikut jadual ditetapkan, skop kerja, kos serta kualiti yang terbaik.

“Kita tak mahu pelanggan tidak berpuas hati dan menegur kita sekiranya ada projek lewat siap atau tidak berkualiti, sebagai kontraktor kita perlu bekerja dengan baik dan amanah.

“Pastikan setiap projek berjalan dengan lancar dan diserahkan kepada pelanggan ikut tempoh ditetapkan atau lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan SST Kepada Kontraktor Yang Berjaya Dianugerahkan Kerja Gred G1 dan G2 di JKR Melaka di Dewan Ar-Rahman JKR Melaka Tengah di sini, hari ini.

photo_2023-07-24_15-19-18
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen bergambar bersama tetamu yang hadir sempena Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang dianugerahkan kerja G2 di Dewan Ar-Rahman, Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka.
Turut hadir Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Zahari Abd Kalil dan Pengarah JKR negeri, Datuk Ir Ismail Abd Rahman. Foto Iqmal Haqim Rosman

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer .

Hadir sama Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Zahari Abd Kalil.

Ismail berharap, pihak kontraktor yang dilantik akan memastikan projek yang dianugerahkan itu berjalan lancar.

“Para kontraktor harus merancang dan melaksanakan kerja dengan cekap dan terperinci agar setiap proses kerja, penggunaan bahan, tenaga kerja, jentera dan aliran tunai diambil kira daripada awal,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1933
Kongsi :
Previous post Tiga maut, lapan cedera kemalangan babit tiga kenderaan
Next post PRN Kedah: BN diberikan laluan bertanding di DUN Tanjung Dawai
Ubah saiz-+=