JKR MELAKA KOMITED SIAPKAN PROJEK IKUT MASA, HINDARI PROJEK SAKIT

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 24 September – Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka komited menyiapkan kerja-kerja baik pulih dan naik taraf Kompleks Hang Tuah Centre mengikut garis masa yang ditetapkan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Ir. Mohamad Salzeli Moktar berkata, kerja-kerja naik taraf kompleks tersebut telah dimulakan pada 25 September 2023 dan berjaya disiapkan pada 18 Ogos tahun ini, dengan kos semasa berjumlahRM3,991,871.52.

“Skop projek ini terdiri daripada kerja-kerja sivil seperti baik pulih gelanggang silat dan ‘stable’ kuda; menaik taraf landskap Taman Hang Tuah; Rumah 5 Bersaudara; baik pulih dan pengalihan wakaf sedia ada; blok auditorium Muzium Hang Tuah; kerja-kerja mekanikal seperti kerja pembaikan sistem pam kumbahan kompleks serta kerja naik taraf sistem pendingin hawa.

“Projek ini telah berjaya disiapkan Perakuan Siap Kerja (CPC); Sifar Kemalangan di Tapak; Sifar Kecacatan Major dan Objektif Projek berjaya dipenuhi.

“JKR Melaka sentiasa komited melaksanakan projek mengikut skop, kos dan kualiti yang ditetapkan dengan matlamat sifar projek sakit dan mengurangkan projek lewat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Menaik Taraf Kompleks Hang Tuah Centre, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Ketua Setiausaha (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Wira Roslan Abdul Rahman; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Md Azhan Samat serta Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Erne Hamsah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

66
Kongsi :
Previous post DUA BERADIK MAUT LANGGAR RORO: SIASAT JIKA ADA PELANGGARAN SOP
Next post BEKAS PEGAWAI KANAN POS MALAYSIA DIDENDA RM170,000 TERIMA RASUAH
Ubah saiz-+=