Sorting by

×

JKNM ‘gempur’ premis makanan tidak bersih

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

AYER KEROH 1 Februari – Kompaun berjumlah lebih RM1 juta dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) sepanjang 2023 terhadap premis tidak mencapai tahap kebersihan memuaskan.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Hee Sem berkata, sepanjang 2023 JKNM memeriksa 6,010 premis dan daripada jumlah itu 2,002 dikenakan kompaun berjumlah RM1,019,150 kerana didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan.

“Selain itu 61 premis diarah tutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana tidak bersih selain premis ini juga memperoleh markah 71 peratus ke bawah hasil daripada penilaian yang dilakukan penguatkuasa.

“Antara kesalahan dikenakan tindakan kompaun adalah makanan ditempatkan atau diletakkan atas lantai, pengendali tidak mengambil suntikan typhoid dan tidak menghadiri kursus pengendali makanan selain tidak memakai apron ketika mengendalikan makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas bersama-sama dengan Pengarah JKNM Datuk Dr. Rusdi Abd Rahman menyertai Ops TBC di sebuah pasaraya di Batu Berendam, semalam.

Menurutnya, bagi tempoh Januari 2024 sebanyak 347 premis makanan diperiksa JKNM bagi memastikan operasi dijalankan mengikut garis panduan dan mencapai tahap kebersihan ditetapkan.

“Menerusi operasi yang dijalankan sepanjang Januari ini sebanyak 243 kompaun dikeluarkan dengan nilai RM25,200 dan daripada itu juga empat premis makanan diarahkan tutup selama 14 hari,” katanya.

Jelasnya lagi, tahap kebersihan premis makanan di Melaka juga berada dalam keadaan memuaskan apabila lebih 4,800 premis memperoleh Gred A dan 1,118 mendapat Gred B.

Mengulas lanjut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Machap Jaya berkata, 67 lagi dilabelkan Gred C dengan merekodkan markah antara 50 hingga ke 70 peratus, sementara itu hanya enam premis mendapat peratus 49 ke bawah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1290
Kongsi :
Previous post Akauntan rugi RM776,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Next post 300 penduduk TTPH meriahkan Fun Run 2024
Ubah saiz-+=